Jumaat, 8 Julai 2011

kenapa baju kurung mahal ekk!

hi salam semua readers..
pagi ni ada sedikit masa terluang untuk update blog.. alhamdulillah. tadi pergi ziarah fb, tiba2 ternampak la kan orang tengah hangat promosi barang2 dorang sempena  raya yang bakal mnjelang nanti kan.. di dalam hati timbul satu perasaan yang kehairanan tahap gaban. huhu

sekarang kan trend english style, so semua orang pun sibuk2 la menjual barang2 yang species macam gitu.. (uwaa apa punya bahasa ni). dari barang2 dapur hinggalah ke barang2 perhiasan rumah.. baju kurung pun ada tau english style.. haha sy da beli dah. baju raya english cotton lebih kurang macam gambar di atas la.. tp lain sikit kot.. huhu harga baju di atas ni lebih kurang rm100 lebih la.

hairan kan kenapa la dorang jual mahal sangat. sedangkan sy beli kain 4 meter baru rm36! kalau setakat yang sy perhatikan online bisnes kain ela saja pun mahunya rm50 keatas.. tu belum upah buat baju lagi. sy pergi hantar baju tu dekat seorang peniaga kemboja. upah untuk baju kurung biasa dewasa baru rm18. untuk kanak2 (bayi hingga  5 tahun) pula rm5 sahaja. murah kan.. memang murah, jahitan pun kemas memang puas hati la sangat. so tatal tadi baju plus upah baru rm54.. huhu so berapa la keuntunganya kalau sy kalau sy jual baju kurung sy  tu.. lumayan sih..

kenapa sy suka hantar baju dekat orang kemboja tu berbanding orang melayu dalam kampung ni? dah takda ke orang melayu yang boleh jahit baju. kenapa pergi hantar dekat orang asing tu.. huhu semuanya gara2 bajet. ya la sapa yang tak mahu berjimat kan. pertama sekali perbeazaan harga. orang melayu dalam kampung sy jahit dia ambik upah rm25. beza rm 7 tu.. kanak2 pula tak kira la bayi ka apa ka rm15. wah jauh beza tu mahal rm10..so kalau korang di tempat sy mana korang pilih? huhu pulak tu jahitan orang melayu tak berapa nak kemas sangat. orang bagi contoh baju suruh buat ngam2 dia p bagi besar skit.. ni yang nak hangin ni.. paling tensen kalau pakai baju besar2.. dengan bahu jatuh lagi.. uwaa bukanya tak nak sokong orang melayu tapi dorang sendiri yang tak nak disokong. buat sesuatu cincai jer.. hemmm

sy bersyukur sebab tinggal di kawsan yang kos sara hidupnya sederhana.. so dengan gaji asben yang tak seberapa tu dapat la juga hidup agak mewah.. cukup makan pakai, dapat juga gi jalan2 every wekend.. kalau tinggal di kajang dulu huhu mau kopak juga.. tapi dulu alhamdulillah la still lagi dimurahkan rezeki untuk bajet balik penang tiap2 bulan.. huhu insyaAllah kalau rezeki tu diberkati Allah, walau sedikit pun tetap cukup..

selamat hari jumaat semua..
.

JANGAN LUPA LIKE DAN KOMEN! LUV U ALL

6 ulasan:

aleen aiden berkata...

ha'ah.tu baru baju kurung.blom baju kurung moden ke,tambah manik2 ke..lain plak harganye.hu3

kemboja berkata...

hehe.. tulapasal..

ayanuts berkata...

sy ingt sy sorg je antar dkt org kemboja..sis pun sama...btl..hrga sgt murah lps tu jahitan lagi semenggah dari org melayu buat..ini pndpt sy laa..

kemboja berkata...

betul tu ayanuts.. bukannyer nak sanjung org luar tp kenyataan kan.. heheh kalau dah boleh dapat barang bagus dgn harga murah buat apa nk fikir panjang lg kan.. hehe

juwita berkata...

hmmm.nak jugak tempah. ada alamat kedai org kemboja tu tak? no tipon pun boleh.

Tanpa Nama berkata...

tul tuh..xder ke ctc no ker adress org kemboja tuh..

Terdapat ralat dalam alat ini
segala coretan dalam blog ini adalah sekadar pendapat peribadi sy sahaja.. sy memohon maaf kepada semua jika tersalah kata.. terima kasih kerana berkunjung ke blog sy. jemput singgah lagi di lain masa..hehe